Rabu, 27 Julai 2011

1 TaHuN 3 BuLaN.....

Sudah setahun 3 bulan aku putus dgn buah limau,,huhuhu,,,sudah lama rsanya...selama setahun 3 bulan,,aku membina kenyakinan diri, tabahkan ht, membina khdupan br....Syukurlah aku blh hadapinya dgn 1/2 tabah,,,dengan bantuan kwn2 dan my family....buah Limau pn dh  isteri org n dia bakal bergelar ibu,,,Syukurlah dia bahagia....harap2 impiannya tercapai....

     Selama setahun 3 bulan,,aku cuba menyakinkan ht aku yg tidak semua perempuan mcm tu...Walaupun trauma n takut mengenai cinta msh ada dlm ht aku tp aku cuba menyukai seseorg..Bila fikir2..aku ni xda kelebihan...hnya insan biasa...kalau aku xjumpa cinta yg aku cr,,aku redha.....My mum pn dh sanggup nk tlg aku cr calon isteri tp ma aku ckp...ma lebih suka aku cr jdoh sendiri,,,ari tu aku pnah cite kt my mum ttg seorg perempuan..ma aku ckp,,dia nk knal org tu,,,tp..............        Kalau my mum xnk tlg aku cr jdoh utk aku,,aku blh minta tlg jiran aku,,hahahha,,dia suka cr jdoh utk bdak sekg aku...huhuhu...

    Hari ni,,aku bbual dgn pegawai n staf kt office aku n termasuklah seorg iman...masing2 bagi nasihat pd aku,,mengenai rumah tangga, n cite kisah diaorg,,,takut mendengarnya mengenai perkahwinan jika pasangan kita itu,,org yg kita xsuka n xcinta...BAHAYA tooooooo....Iman tu ckp,,ada pasangan yg khwn,,wang hantarannya sebanyak RM 50.00 je,,,,wow,,bgus gler...murah tooo...sekarang...kalau perempuan itu ada kelulusan diploma..RM 8000.00 ke ats...Ijazah pula RM 10000 ke atas,,kalau Master n Phd pula...berbelas ribu kt,,bnyk toooo,,,,,,Kalau letak mahal2,,,lpas khwn pn,,suami juga yg jaga mkn minum isteri..lamakan akibat mahal sgt wang hantaran, tiap2 hr mkn nsi putih + ikan kering + telur....akibat xda duit,,semua duit abis dibelanja utk wang hantaran....

ok..............Thank,,,,,

Isnin, 25 Julai 2011

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

 Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

                        Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

                        Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

                        Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1.
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

                        Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

                        Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Sabtu, 23 Julai 2011

LaGu PoKok,,,best wooooo....

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok 

Selasa, 19 Julai 2011

Penyakit paling bahaya.....

Antara penyakit paling bahaya yg melanda org pd msa skrg adalah,,penyakit tiada prasaan bersalah...Ia wujud dan melanda pd msa skrg, dimana manusia skrg tiada prasaan bslh utk melakukan sesuatu kesalahan dr segi agama..Contohnya, tidak berpuasa, tidak solat.,.mereka dgn bangga melakukan kesalahan itu malah siap menghebohkan lg apa yg diaorg buat. Manusia akan menghebohkan apa yg dia buat apabila dia melakukan suatu kesalahan. Hal ini terjadi pd kwn2 n org terdekat dgn aku, dengan megah n bangga diaorg ckp diaorg xpose n siap mkn dpan2 lg,,,perbuatan itu bg diaorg adalah melambangkn yg diaorg ni ganaz n "gedebe". Walaupn dinasihat n dikutuk,,diaorg still akan melakukan perbuatan terkutuk itu.
 
    Pernah trjd kpd kwn aku,,msa aku blajar kt Poli..diaorg selamba je cite diaorg buat bnda terkutuk,,Dgr diaorg cite,,takut je dgr...bg diaorg snang je,,buat dosa n lpas2 ni blh taubat...mcm nilh manusia skrg,,buat hukum n undang2 sndiri,,,huhuhu..nk msuk rumah sewa dia pn takut,,takut ada org lain,,,lamakn kna tangkap kt JHEAIK plak...xpsl2 aku plak yg kena...

    Aku bersyukur dpt melanjutkan pelajaran di UKM,,,di UKM,,aku dikurniakn sahabat n kawan yg terbaik n bagus dari segi ajaran agama islam n perilaku,.diaorg bnyk mengajar aku mengenai hdup sbnar...Walaupn ada kwn aku buat bnda terkutuk n dosa besar..dia tetap kwn aku....

"YA ALLAH,,JAUHILAH AKU DRP GOLONGAN PENYAKIT PALING BAHAYA INI.."

Jumaat, 15 Julai 2011

CiNtA...SaHaBaT....SiNgLe...CoUpLe...MaRrIeD.....

Cinta....
---Apa tu cinta?,,,aku sndiri xtau apa tu cinta,,mengikut kata org,,cinta itu suatu perasaan yang hadir dlm dri kita trhadap ssorg....psaan mcm ne tu..huhhu....Indah ke bcnta ni..ada org kata cinta memerlukan pengrbnan...pengrbnan mcm ne plak tu..ada org kata cinta ni perlukn kesetiaan n kejujuran...pengrbnan+kesetiaan+kejujuran....Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta....Aku pnah tnya ttg cinta kpd ssorg ppuan,,,dia kata cinta ni mmrlukan wang..kalau xda wang,,jgn hrp nk bcnta...nk blanja mkn lg,,nk tpup anset lg,,kalau kuar jln2/shoping...msti kna blnja awek nk beli bju ke,,,xkn nk biarkn awek nangis,gelepar,mrajuk dpan org ramai....Bila dfikir,,btul kt...cinta ni blh buat kita hepi n bahagia n sedih n kecewa...kalau trslah pilih,,merana la...Kalau takut nk tanggung risiko,,seelokknya jgn cuba menghampiri cinta..kerana kdg2 ia akan memakn diri kita sndiri...pelbagai bnda skrg terjd..dsbbkn cinta,,,ada yg sanggp bunuh diri kerana cinta,,ada yg sanggup derhaka dgn family,,ada yg sanggup naik bot merentas lautan smata2 cinta (LOMBOK)..hehhee,,ada yg sanggp meredah mlm yg sunyi smata2 nk teman awek d airport..ada yg sanggp pinjam duit smta2 nk beli brg utk awek,,Itulh kesan cinta....tu br ckit,,,hhahahaa


Sahabat....


-..--...sahabat...sahabat adalah kwn dan ia juga sama jgk dgn mksd sain,,heheh...Sahabat, tak siapa dapat menghuraikannya melainkan teman atau kawan yang rapat dengannya bagai isi dan kuku, mengharungi suka duka bersama, menyimpan rahsia bersama, susah senang bersama, bagai menangis  bersama..sahabat sanggup berkorban segalanya, jiwa dan raga....tanpa ada prasangka dan prejudis......mampukah kita menjadi sahabat ..aku pn xtau mksd sahabat....pesanan al-qammah (seorang sahabat rasulullah s.a.w) kepada anaknya.

1. pilihlah sahabat yang akan melindungi sahabatnya..dia adalah hiasan diri kita.. jika kita ada kekurangan, dia sedia mencukupinya.

2. pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menhulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu. jika ia melihat kebaikkan yang ada pada diri mu, ia suka menyebut nyebutnya...

3. pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menhulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna. dan jika ia mengetahui keburukkan diri mu, ia suka menutupi nya dari orang lain mengetahuinya.

4. pilihlah sahabat yang jika engkau meminta bantuan daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapa mu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan mu serta menghiburkan mu.

5. pilih lah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. jikalau engkau mengemukan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakan nya, dan jika engkau berselisih faham dengan nya, dia suka mengalah untuk kepetinganmu.....


Single.......


...(@)..(@)....best ke single...best woooo....tp boring + sunyi...kalau single..mcm2 keje kita blh buat tnpa mnjaga ht ssorg..kita blh tdur pkul brapa2 pn..kita blh kuar dgn sape2..xperlu topup anset..xperlu pikir mslh org,,,blh post mcm2 d fb,..xda la org nk mrh,,ni x,,post jiwang ckit,,mrh ckit,,trus kna sound...hahaha...tp...bla single..sunyi je rsa...nk msg dgn org puan,,xda,,nk kgsi mslh,,xda,,nk kgsi crita xda,,,aku msh ingt lg psnan ssorg...jgn terlalu luah mslh kita kt ssorg,,nanti org tu boring n kata kita ni bmslh,,,ok,,aku pgang kata2 tu...tp boring wooo....kwn2 ramai dh khwn...nk ajak lepak je,,trus kwn bg alasan...mlm ni aku tdur rmah mak mertua...bini xbg kuar la,,,mcm2 alasan,,huhu...tp bla fkir,,aku kna survive sndri la,,,Dlu ramai je kwn puan aku ada,,,tp bla kwn puan aku ada pakwe,,aku trus mls nk msg n ganggu,,,aku takut diaorg gduh atau pakwe dia mrh aku....biarlah kwn aku nk kata aku smbg ke apa,,,itu mmg prinsip aku....pnah skali...aku bkn ganggu awek dia pn,,awek dia tu ex awek aku,,,dia cntat aku luah mslh dia kt aku,,aku lyn jelh,,,aku xda niat nk ganggu prhubungan org,,,dia msg aku  d fb,,,sumpah seranah n kata mcm2 kt aku....dasyat jgk ye org capel cemburu..bhaya tooo...tp syukurlh,,skrg diaorg dh khwn..hehhee...


Couple....


..--..Best ek,,best jgk rsanya....best la ada org syg kita melainkn family kita...ada org take care kita,,ada tempt utk kgsi mslh,,bcrita,,bmanja2..bgrau snda...hdup pn terisi...tp couple ni kdg2 bahaya jgk,,,ada yg couple tp mcm dh suami isteri,,,bahaya2....aku pnah tnya sorg puan...xtakut ke buat mcm tu dgn laki yg belum sah jd suami...dia ckp,,ala bnda tu biasa je,,,bnda tu blh pulih n skrg normal org puan yg xda D....mengucp aku mdgrnya....dia baik,,dr golongan baik,,,solat rsanya xtinggal..tp dia...huhuhu...bahaya tooo.....ada yg capel bertahun2 tp akhirnya putus...ada yg capel..blan ni puan lain,,blan dpan puan lain plak,,,Best ke mainkn ht org,,,hdup ni kita xblh buat org sedih,,xblh seksa ssorg...sbb what u give, u get back.....tgk org capel...kalau msa bcnta,,manja gler...bla dh gduh,,smua pktaan keluar..lpas tu post d fb..laki xguna..puan xguna...sedih la...mcm2 ada...


Married...


,,,,<....>....khwn...best kt,,nk khwn,,kna semua ada...duit ada,calon ada,ilmu agama pn kna ada...jgn khwn ssorg krn nafsu,,nanti xsbrapa bahagia,,carilah ssorg yg blh membahagiakan kita,,,bg aku,,slagi ilmu xckp..duit xckp,,aku xkn khwn...nk jaga anak dara org,,bknya snang woo...kna didik leklok,,kna ajar ngaji al-quran, kna jd imam,,kna jd ketua kluarga, kna saling tlg2 menlg n bantu membantu...family isteri adalah family kita jua,,,kalau blh,,bahagikn tugas kt rumah,,,isteri msak,,n suami bsuh bju,,,kemas rumah sama2.n mcm2lh...suatu perhubungan akan kekal hingga ke akhir hayat,,jika kita saling brtolak ansur,,jgnlh smua keje rumah isteri kna buat,,,ada bbrapa knalan aku,,dh khwn tp msh kekal dgn tabiat lma,,,ada kekasih glap....istri mengandung tp dia blh kuar dgn puan lain,,,sanggp g KL smata2 nk jmpa awek...ish2 dasyat2,,,Ya ALLAH,,,,Jauhilah aku drp skap mcm tu........



Khamis, 14 Julai 2011

Sebuah Kisah Yang Memberi Pengajaran...........

Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi sebuah cerita yang sangat menyedihkan dan memberi pengajaran yang besar sekiranya kita menghayati mesej yang disampaikan. Marilah kita sama-sama menghayatinya.
Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Allah SWT berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, “tunda dahulu keberangkatanmu sehingga tahun hadapan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup daripada hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.
Rupa-rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang ke-lima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah SWT bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah SWT terletak dalam murka orang tua.
Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, si ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua-dua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah SWT, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”
Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Ini adalah disebabkan di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga larut malam.
Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”
Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah SWT itu.
Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”
Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”
Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.
Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.
Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.
Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.
Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.
Orang yang dihukum dan dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”
Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahu hal itu kepada hakim.
Setelah hakim itu datang dan tahu kedudukan perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah melihat rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.
Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”
Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”
Maka terdengarlah suara orang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.
“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.
“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”
“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”
“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”
Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.
Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah SWT: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”
Kupasan:
Apabila selesai sahaja anda membaca kisah ini, apakah yang dapat anda pelajari daripadanya? Pada pandangan saya, pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah dengan melihat daripada pelbagai posisi samada kita sebagai seorang anak, kita sebagai seorang ibu, kita sebagai seorang hakim@pembuat keputusan atau kita sebagai masyarakat luar.
Sebagai seorang anak
Ya, memang benar dikatakan redha Allah SWT itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa kita, begitu pula murka Allah SWT terletak kepada murka mereka jua. Walau baik atau soleh mana kita sekalipun, tetapi nasihat dan permintaan mereka harus dituruti dan diberi keutamaan selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Ini adalah disebabkan mereka insan yang sangat mulia disisi Allah SWT kerana pengorbanan mereka yang sanggup memikul amanah Allah untuk menjaga anak dan sanggup berkorban nyawa, tenaga, masa, wang ringgit dan segalanya demi anak tercinta. Oleh itu, apabila kita sudah dewasa, apa salahnya jika kita pula yang berkorban demi membahagiakan dan menggembirakan hati mereka. Saya teringat kisah seorang sahabat yang bertanya Rasulullah SAW tentang siapakah yang harus diberi keutamaan diantara ibu@bapa? Maka Baginda menjawab, “Ibu”. Lalu sahabat bertanya lagi, dan Baginda masih menjawab “Ibu”. Lalu sahabat bertanya lagi, Baginda masih menjawab “Ibu”. Soalan yang sama ditanya buat kali ke 4, barulah Baginda menjawab “Ayah”. Ini mempamerkan peri penting dan tingginya darjat seorang ibu dibandingkan insan-insan yang lain. Maka wajarlah kita menyanjungi dan menghargai ibu bapa kita. Bahagiakanlah hati mereka dan jagalah mereka selagi mereka masih hidup.
Sebagai seorang Ibu
Demikian juga pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut jika kita diposisi seorang ibu. Memang ditekankan bahawa antara doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT adalah doa seorang ibu kepada anaknya. Oleh itu, walau teruk atau jahat mana sekalipun anak kita, kita tidak sepatutnya mendoakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sebaliknya biarlah kita mendoakan perkara-perkara baik agar anak kita dilembutkan hati dan diberi petunjuk oleh Allah agar menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat kedua orang tuanya.
Sebagai seorang hakim@pembuat keputusan
Apabila berlaku sesuatu masalah atau jenayah, maka Islam mensyariatkan agar menyelidiki dan menyiasatnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Ini adalah untuk memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh sebab itu, hakim atau peguam dilantik supaya hal-hal berkaitan dapat diteliti dan diadili mengikut undang-undang samada berkaitan hukum hudud, qisas atau ta’zir.
Sebagai masyarakat luar
Sebagai masyarakat Islam, kita perlu bertindak dengan bijak sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri, keluarga, agama, masyarakat mahupun negara. Namun begitu, tindakan yang diambil haruslah mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. Kita tidak boleh mengambil keputusan mengikut hawa nafsu. Negara kita mempunyai undang-undang. Oleh itu, apabila berlaku sesuatu kekacauan, maka serahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana mereka lebih arif dalam hal tatatertib, bukan dengan sewenag-wenangnya kita mengambil tindakan sendiri. Jika dilihat terhadap kisah di atas, bukanlah tindakan yang diambil oleh masyarakat luar telah menganiaya insan yang tidak bersalah? Fikir-fikirkanlah….

Rabu, 13 Julai 2011

Latihan Industri dh nk abis....

Syukur alhamdullilah,,,Latihan Industri aku dh nk abis,,,slpas ni,,,aku akn msuk alam pekerjaan...apa yg paling aku gembira...minggu ni...present Li dh lpas..n Datok adalah Pensyarah yg terbaik,,bertolak ansur,,mdah baso...kelakar..baik ht n smua lh,,xlupa jga kpd Penyelia aku d JPN,,Hj Musa..dia adalah terbaik berbanding penyelia aku msa aku praktikal ketika blajar kt POLI.,....Dia bnyk membantu ketika aku presnt n sanggp batalkan keje dia smata2 Datok mai cni,,hehhe,,terbaik la Hj....


Terbaik dari Geng Sektor Pengurusan Sekolah.....


Jumaat, 8 Julai 2011

Akhirnya my bestfriend khwn.......

Jodoh pertemuan di tgn tuhan.,,,sekuat mana pn kita berusaha utk kekalkn hubungn cinta itu,,kalau xda jdoh,,tetap xda jdoh..smlm kwn baik aku khwn,,,dia khwn dgn kwn aku jgk,,sekelas msa blajar Politeknik..msa diaorg bcnta mmg kuat gler cbrn,,,Dlu family puan xska dia..tiap2 kali dia pergi rumah puan2..dia akan dihalau dgn parang,mcm2 tohmahan tp dia sbr...dia tetap pergi semata2 nk buktikan cinta dia...Kehadiran pihak ke3 lg la menguji kesabaran dia..Setelah bersusah payah selama hampir 5 ke 6 tahun...Akhirnya dia khwn...dgn skali lafaz je,,hehehehe,,,


Tahniah my friend,,pere + rozie.....Masing2 dh merancang nk khwn,,ada yg lpas raya puasa,,ada yg tahun depan nk khwn..ada yg rncg 2 tahun lg,,,,masing2 dh ada pasangan...semua kwn2 aku menggalakkan aku cr makwe cepat2.,,huhuu,,Awek,,apa tu awek,,,hahhaha,,,walaupn aku blh je dpt2 mana2 puan tp aku xkn buat mcm tu,,,aku xkn jd mcm dlu,,aku khwn dgn wanita yg aku suka n hrmat my family n keserdahanaan...Cantik?,,,sory,,aku xpentingkan kecantikan...ckuplah perangai baik,tahu hukum agama, tahu erti kasih syg dan apa itu cinta n blh jaga ma n abah aku....InsyaALLAH 2015....aku khwn,,hahhaha,.,,,

Ahad, 3 Julai 2011

Kesabaran menempuh dugaan.......

Dalam bidang pekerjaan yang memerlukan kita berhadapan dengan karenah manusia amat memerlukan kesabaran yang tinggi..Sepanjang aku praktikal selama 2 bulan lebih..kadang2 kesabaran aku hilang kerana karenah manusia yang tidak seberapa normal..Apa yang paling aku xsuka bila..org yg dtg kt kaunter,,n nk kerja dia diselesaikan secepat mungkin n dia menggunakan pangkat yg dia ada atapn mggunakan org yg dia kenali d tempat aku praktikal..Bg aku..walaupn diaorg ada pangkat,,diaorg kna hrmat n ikut syarat2 yg dtetapkn oleh Kementerian..kalau perkara sebegitu dibiarkn terjd,,ksihan plak kt org yg tidak ada pangkat n tidak mempunyai kenalan d tempt aku kerja...
   
       Pernah terjadi satu kejadian,,dimana seorg pak cik telah membawa pegawai dr PPD semata-mata mahu hal dia dselesaikan secepat mungkin dan xmahu ikut prosedur yg ditetapkan..walaupn aku dh bgtau penerangan kepada dia berjla2 tetapi dia tetap xnk ikut n suruh pgwai PPD paksa aku bg surat dia...Syukurlah ada Cik Shahrum,,dia tlg aku selesaikannya,,Kata-kata Bdak Praktikal xkn didengar oleh pelanggan...Aku masih ingt kata2 seorg pak cik...susah nk berurusan dgn Pegawai2 jika kita tidak mempunyai pangkat atau org yg kita knal d tempat aku kerja....Kalaulah aku jd Pegawai..aku xkn layan kalau org yg menggunakan pangkat atau org dlm(kabel) utk berurusan dgn aku...Hidup ini hendaklah berlaku adil,,,bila kita meninggal dunia,,kita akan disoal apa yg kita buat d dunia,,mcm ne kita bekerja...

   

Jumaat, 1 Julai 2011

HaRi JuMaAt YaNg InDaH....



Hr ni awl lg aku bgun tp nk kata awl xda la awl sgt..pkul 6.10 pagi aku bgun n solat subuh...slpas solat sbuh..relaks kjap..pkul 6.50 pagi,,aku g tanah perkuburan kg aku...aku g kubur nenek aku, kakak aku n spupu aku...kt c2 aku just bca surah yassin n tahlil ckit..Sejak Pok Su Roni (bilal kg) meninggal dunia..xda org yang jaga tanah perkuburan kg aku..rumput bpn dh pnjg..terdetik jgk ht aku nk tlg buat...tp xda bajet nk beli racun n abah aku ckp,,maybe minggu depan ada gotong royong cuci kubur,,,syukurlh..sebelah kubur nenek aku,,ada pokok durian..msa aku kusyuk bca surah yassin,,tba2 buah durian jatuh..2 biji plak tu...Rezeki tu..hahaha...Aku bgtau kt Tok Imam kg aku,,ada buah durian jatuh 2 biji..Katanya Tok Imam..tu rezeki namanya,,dia ambk sebiji n aku ambk sebiji...hehehe...rezeki dpg hr,,hehehe...



        Selepas itu,,aku pn balik n beli nasi kerabu d kedai Pak Su Mejoh..Best jgk ns kerabu dia...Pg tu ns kerabu+ayam goreng+air teh o...Best gler..hahahah...Setelah isi perut yg kosong...maka bermula lh rutin harian aku d hr minggu...smbung buat pembinaan dinding rumah..yang dh lama xsiap...Pnat jgk buat keje dlm keadaan perut kenyang....Selepas solat asar...satu lg rutin harian aku d hujung minggu..g buat pagar d kebun getah...smbl buat pagar,,smbl tgk bdak muda berlumba motor...ada yang meniarap,ada yang willy,,ada yang xpgang handle motor,,mcm2 gaya diaorg buat...kdg2 best jgk tgk org blumba motor tp bla tgk cra diaorg blumba...bahayanya...Adik aku ckp,,,dh brapa org yang accdnt smsa blumba motor kt hghway c2...tp diaorg xserik,,,




      Itulah rutin harian d hr jumaat...sblh mlm..aku buat buku log n report LI....